Monday, March 8, 2010
Ujian Bulan Mac 2010
Wednesday, December 2, 2009
Tugasan Masa Cuti Semester Akhir 2009
Program Pengajian : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Sasaran : Pelajar-Pelajar Tingkatan 6 Atas Al-Idrisi Ambilan 2009/10
Kod Subjek :966
Semester :2
Tahun Akademik 2009/2010
Bilangan Kredit : 2 jam
Hari Kuliah : Isnin & Rabu
Guru : En. Mohd Nordin Bin Hj. Khadis
Email : naed3030@hotmail.com
Objektif Tugasan :
1. Menambah pengetahuan berkaitan dengan isu-isu terkini dalam sukan dalam dan luar negeri
2. Meningkatkan kemahiran menjawab dengan mengaitkan isu dan contoh dari sumber yang diperolehi
3. Memberi pengalaman mengintergrasi teori dan amali sukan dalam proses pembelajaran
4. Menimbulkan keyakinan dan mengukuhkan kefahaman terhadap subjek sains sukan
Sinopsis Tugasan :
1. Tugasan ini mengandungi aktiviti amali mengumpulkan/menghimpun/menyusun/mengkategorikan maklumat berkaitan dengan isu-isu semasa berkaitan sukan dalam dan luar negeri.
2. Setiap pelajar dikehendaki untuk mencari bahan / sumber bercetak sama ada dari bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, jurnal, artikel ataupun bahan dari media elektronik sama ada dalam bentuk bahasa melayu atau bahasa inggeris.
3. Tugasan tersebut hendaklah dihimpunkan dalam bentuk bertaip / dicetak atau dilampirkan / dilekatkan pada kertas bersaiz A4 dan dibindingkan menjadi satu naskah terkumpul bahan yang berbentuk folio.
4. Dibahagian hadapan folio hendaklah diletakkan helaian muka hadapan. (sila download format muka hadapan)
5. Penggunaan huruf hendaklah mengikuti standard huruf Arial, bersaiz font 12 dan dijustifedkan agar lebih kemas.
6. Lampiran bergambar dan berwarna adalah amat digalakkan.
7. Susunan format isi kandungan adalah seperti berikut :
a. Muka surat hadapan
b. Isi kandungan
c. Pendahuluan
d. Bahan / sumber
e. Penutup
f. Bibliografi / sumber bahan / sumber rujukan
8. Bilangan isu-isu semasa dalam sukan yang perlu disediakan adalah sebanyak 100 isu yang mana tidak melebihi 5 isu untuk satu jenis sukan.
9. Penilaian : 50 markah
10. Tarikh hantar : 10 Januari 2010
Sila download pro-forma tugasan memlalui link yang disediakan dibawah
Tuesday, September 29, 2009
Pra Ujian Excel
Masa : 10.20pg - 11.20pg
Bentuk soalan : Struktur
Skop ujian : Seperti yang telah dinyatakan mengikut topik pengujian ujian excel bulan Okt 2009
Sila buat persediaan awal
Saturday, September 12, 2009
Skop Soalan Peperiksaan Excel Bulan Oktober 2009 Subjek Sains Sukan Ting. 6R

Soalan gabungan dari topik Pengantar Sukan dan topik Anatomi & Fisiologi. Semua soalan berikut adalah berpotensi untuk disoal semasa peperiksaan setara excel dan peperiksaan akhir tahun 2009
Bahagian A (Struktur)
2.Nyatakan/terangkan halatuju Sains Sukan ke atas kumpulan manusia : Sains sukan untuk wanita, massa, lelaki,kanak-kanak, OKU, warga emas, berprestasi tinggi
8. Huraikan sistem Integumentari (kulit) manusia dan nyatakan pengaruh sistem tersebut semasa bersukan.