Tuesday, September 29, 2009

Pra Ujian Excel

Tarikh : 6 Okt 2009
Masa : 10.20pg - 11.20pg
Bentuk soalan : Struktur
Skop ujian : Seperti yang telah dinyatakan mengikut topik pengujian ujian excel bulan Okt 2009


Sila buat persediaan awal

Saturday, September 12, 2009

Skop Soalan Peperiksaan Excel Bulan Oktober 2009 Subjek Sains Sukan Ting. 6R


Soalan gabungan dari topik Pengantar Sukan dan topik Anatomi & Fisiologi. Semua soalan berikut adalah berpotensi untuk disoal semasa peperiksaan setara excel dan peperiksaan akhir tahun 2009

Bahagian A (Struktur)

1.Berikan definisi Sains Sukan

2.Nyatakan/terangkan halatuju Sains Sukan ke atas kumpulan manusia : Sains sukan untuk wanita, massa, lelaki,kanak-kanak, OKU, warga emas, berprestasi tinggi

3.Terangkan matlamat Sains Sukan dari segi : pertumbuhan organan, pertumbuhan fizikal, pertumbuhan otot-saraf serta kemahiram, pertumbuhan emosi dan sosial dan pembangunan insan dan negaraBerikan definisi Anatomi dan Fisiologi

4. Berikan maksud istilah-istilah bahagian-bahagian tubuh :proximal,superior, distal, medial, lateral dll

5. Nyatakan / jelaskan fungsi, struktur dan aksesori sistem Intergumentari

6. Nyatakan fungsi tulang, klasifikasi tulang, jenis-jenis tulang, sendi dan pergerakan tubuh.

7. Nyatakan / jelaskan fungsi otot, struktur otot skeletal

8. Buat banding beza antara ciri-ciri otot kardiak, licin dan skeletal

9. Jelaskan maksud komponen berikut : ligamen, tendon, kartilej

10. Labelkan lokasi otot : otot dibahagian kepala & leher, bahagian lengan & tangan, badan, kaki (berkemungkinan akan ditanya dalam bentuk aplikasi dalam sukan)

11. Nyatakan/labelkan struktur sistem saraf tubuh manusia

12. Labelkan/namakan struktur neuron saraf

Bahagian B (Esei)

1.Berikan perbezaan dan persamaan antara PJK dan Sains Sukan

2. Terangkan matlamat Sains Sukan dari segi : pertumbuhan organan, pertumbuhan fizikal, pertumbuhan otot-saraf serta kemahiram, pertumbuhan emosi dan sosial dan pembangunan insan dan negara

3. Berikan definis Sains Sukan Kebangsaan dan Dasar Sukan Negara

4. Huraikan objektif Dasar Sukan Negara

5. Huraikan konsep Sukan Massa dan Sukan Untuk Kecemerlangan

6. Pengetahuan Sains Sukan kini semakin penting dalam pembangunan sukan di Malaysia.Bincangkan dan berikan contoh-contoh yang releven.

7. Hala tuju sains sukan adalah untuk pelbagai kumpulan manusia,. Berdasarkan pernyataan tersebut terangkan kumpulan yang terlibat.

8. Huraikan sistem Integumentari (kulit) manusia dan nyatakan pengaruh sistem tersebut semasa bersukan.